Nasib orang Islam Norway Islam_di_Norway

Kajian oleh Nora Sunniva Eggen, felo penyelidikan PhD di University of Oslo mendapati semakin ramai umat Islam di Norway menjadi penganggur, menyandang jawatan dengan gaji lebih rendah dan berada dalam golongan miskin. Sesetengah yang lain pula menjadi mangsa penindasan kaum dan sikap prejudis serta dipandang rendah oleh majikan. Masalah ini juga dihadapi umat Islam di negara Eropah lain.

Norway membenarkan kebebasan beragama serta pembinaan masjid dan laungan azan bagi solat Jumaat, selain menyediakan dana bagi masyarakat Islam. Raja Norway melawat beberapa masjid tempatan tanda bukti tidak ada sentimen anti-Islam dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Norway. Kerajaan Norway perlu menambah jumlah sekolah, perbankan Islam, tanah perkuburan dan saluran pengedaran makanan halal bagi umat Islam.[1]